Monday, January 31, 2011
KANSER CERVIX>take it serius k girl(!)
‘Keseronokan’ ketika usia muda secara diam-diam membuahkan bahana pembawa sengsara sepanjang hayat, terutama bagi wanita yang segan dan liat menjalani pemeriksaan kesihatan.
Kanser serviks, antara penyakit yang bersarang dalam diam, bukan lagi hak mutlak wanita berusia melebihi 40 tahun kerana pendedahan terlalu awal kepada aktiviti seksual di kalangan kebanyakan remaja kini mendedahkan mereka kepada jangkitan virus human papilloma (HPV).
Remaja yang memulakan hubungan seksual, terutama ketika masih di bangku sekolah (dan pasti di luar ikatan perkahwinan) secara tidak langsung ‘merelakan’ virus ini membiak dalam tubuh mereka.
Walaupun tiada statistik, tetapi kegiatan seksual di luar perkahwinan di kalangan remaja kita seolah-olah menjadi fenomena biasa. Kes pembuangan bayi akibat kehamilan yang tidak dikehendaki menjadi bukti kukuh yang boleh meningkatkan catatan kes kanser serviks.
Walaupun secara umum kanser serviks menyerang wanita berusia 40 tahun ke atas, tetapi remaja aktif seks turut berisiko tinggi mengalami penyakit sama.Malangnya, ramai golongan muda tidak menganggap kanser serviks sebagai masalah mereka kerana penyakit ini mengambil masa lebih kurang 20 tahun untuk menampakkan kesan.
Inilah masalahnya. Kanser serviks bertindak tanpa disedari dan hanya menunjukkan simptom pada peringkat serius, terutama apabila pesakit mula mengalami pendarahan tidak normal di antara waktu haid, selepas mengadakan hubungan seks, selepas menopaus, keluar cecair berbau busuk dari vagina dan pendarahan bertambah banyak pada peringkat lewat.
Kajian menunjukkan 50% daripada 500,000 kehidupan pesakit kanser wanita berakhir dengan kematian akibat lewat mendapat rawatan dan 12 peratus daripada jumlah ini disebabkan serangan kanser serviks.
Kanser serviks adalah penyakit paling biasa yang menyerang organ pembiakan wanita. Ia lazimnya disebabkan jangkitan virus yang merebak melalui aktiviti seksual.
Friday, January 14, 2011
JANGAN PISAHKAN
Biar cinta terhalang gunung dan samudra
Aku tetap memegang janjiku padamu
Biar jurang yang terjauhi ada di depanku
Takkan goyang sumpahku terhadap dirimu
Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita
[Chorus]
Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami, tetap bersama
Di dalam suka dan duka
Biar cinta diuji bak lautan gelora
Aku setia menjulang namamu di jiwaku
Kita bagai bulan dan bintang
Hatiku pasti, hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita
Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami, tetap bersama
Di dalam suka dan duka
Jangan pisahkan
Aku berdua
Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami, tetap bersama
Di dalam suka dan duka
Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami, tetap bersama
Di dalam suka dan duka
Thursday, January 13, 2011
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .
Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.
Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..
Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam
" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...
Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...
Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyakpengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...
Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.
Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria
MERPATI PUTIH
seputih hati ini
semurni cinta ini
mekar mewangi kasih
* kuharapkan balasmu
ulur tangan peluk diriku
kekasih dekaplah aku
reff: perasaan cintaku ini
tak bisa kubendung lagi
dimanakah waktu kan berkata
menyetujui cinta ini
merpati putih saksi kita
dalam malam kita berjanji
apa yang kan menghalangi
tentang cinta ini kan terjalin
seputih hati ini
Wednesday, January 12, 2011
Apa Itu Cinta?
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
Tuesday, January 11, 2011
DEDICATE TOK AWQ!
AKU BUKAN UNTUKMU_ROSSA
Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
KEMBANG PERAWAN_GITA GUTAWA
Ketika surya menampakkan cahayanya
Ku gapai hari terangku
Menanti sebuah cerita
Yang pasti akan terjadi di diriku
Kini ku mulai mengerti artinya cinta
Walau senda tawa
Namun hatiku mulai merasa
Bila dekat lelaki aku pun malu…
Akulah kembang perawan
Ingin mulai merasa
Perasaan yang pasti
Milik semua insan
Aku mulai jatuh cinta
Papa biarlah aku
Menikmati semua anugerah
Di hidupku…
READ THIS!!!
Ya ALLAH,
aku berdoa untuk seorang pemuda yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku,seorang pemuda yang sungguh mencintaiMU lebih daripada segala sesuatu,seorang pemuda yang akan meletakkan ku pada posisi kedua dihatinya setelah Engkau,seorang pemuda yang hidup bukan untuk dirinya tetapi untukMU,seorang pemuda yang mempunyai sekeping hati yang sungguh mencintaiMU dan haus akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agungMU.
Ya Rabbi,
Demi cintamu,kurniakanlah aku,seorang pemuda yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup,sehingga hidupnya tidaklah sia-sia,seorang pemuda yang memiliki hati yang bijak bukan sekadar akal yang cerdas,seorang pemuda yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku,seorang pemuda yang tidak hanya memujaku tetapi juga menasihatiku ketika aku berbuat kesalahan,seorang pemuda mencintaiku bukan hanya kerana kecantikan ku tetapi juga hatiku,seorang pemuda yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi,seorang pemuda yang dapay membuatkan ku merasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya,seorang pemuda yang memerlukan dukunganku sebgai peneguhnya,seorang pemuda yang memrlukan doa ku untuk kehidupannya,seorang pemuda yang memerlukan senyuman ku untuk mengatasi kesedihannya,seorang pemuda yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.
Dan aku juga meminta padaMU Ya Rahim,
Mudahkanlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat pemuda itu bangga,
Berikanlah aku sekeping hati yang sungguh mencintaiMU ,
Sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU,
bukan mencintainya dengan sekadar cintaku,
Berikanlah aku sifat MU yang lembut sehingga kecantikanku datang dari MU bukan dari luar diriku,berikanlah aku kekuatanMU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya,berikanlah aku penglihatanMU sehingga aku dapat melihat banyak hal kebaikan dirinya bukan hal keburukan dalam dirinya sahaja,berikanlah aku kalimatMU yang penuh dengan ungkapan kebijaksanaanMU,berikanlah aku kasih tulusMU sehingga aku dapat tersenyum padanya pada setiap fajar,dan bilamana akhirnya kami akan bertemu,aku berharap kami berdua dapat mengatakan...
`Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna'
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatu dengan indah pada waktu yang Kau tentukan..
-ameen-
Monday, January 10, 2011
Baru bukak dis blog
hye sumee,,gheee :D
setelah 2jam mengodeh ini blog,,akhernyer bjaye gak pat mnghasil un blog sy ini..
ta de larh cun cgt py nyh jee yg mampu sy wat..hehehe ;)
yeyeyeh!!!sonok cgt!ngee:D!hopefully sy pat on blog nyh owez..as long as sy ta bz larr..
to all,sy mauu kasikk tw kamu sumee yg sy baruu sjee bukak ini blog..
tue sajee k,,daaa!
setelah 2jam mengodeh ini blog,,akhernyer bjaye gak pat mnghasil un blog sy ini..
ta de larh cun cgt py nyh jee yg mampu sy wat..hehehe ;)
yeyeyeh!!!sonok cgt!ngee:D!hopefully sy pat on blog nyh owez..as long as sy ta bz larr..
to all,sy mauu kasikk tw kamu sumee yg sy baruu sjee bukak ini blog..
tue sajee k,,daaa!
Subscribe to:
Posts (Atom)


















